
Puding Coklat Marble
jom kongsi resepi...
Bahan-bahan ( Lebih kurang 10 bekas tupperware 3inch )
- Bahan A:
- 1 liter air
- 25g Agar² (satu peket Agar² kering cap burung Layang²)
- 1 cawan Gula (boleh kurangkan jika tak nak terlalu manis)
- Bahan B:
- 1 biji telur
- 1 Tin Susu Ideal
- 750-850ml air (kalo suka lembut, bole tambahkan air lebih sikit max 1 litre, nanti jadi lembut sangat susah nak kuarkan dari acuan)
- 2 sudu besar tepung kastad
- 2-3 titik esen vanila
- Bahan C:
- 4 Sudu Besar Serbuk Koko Van Houten
Cara-cara
- Cuci agar² dan masak bersama air. Masak diatas api sederhana. Bila cair agar² masukkan gula. Masak lagi sampai gula cair...
- Masukkan bahan² B dalam satu mangkuk dan kacau sebati.
- Selepas bahan A tadi dan mendidih, kecilkan api dan masukkan Bahan B tadi. Kacau sampai mendidih. Tapi jangan mendidih terlalu lama.. nanti berketul...
- Asingkan sebahagian dan sebahagian lagi ditambah serbuk koko...
- Kacau sehingga larut/ sebati
- Tuang kedalam acuan (Sila tapis supaya tekstur agar² lebih halus). Untuk mendapatkan marble, tuangkan adunan coklat dan apabila agak membeku, tuangkan adunan kuning tadi untuk mendapatkan corak yang berbeza.
- Lepas agar² mengeras, bolehlahmasukkan dalam peti sejuk
sedapnya..tq singgak blog mama...kelas tart insyallah plg dekat 28 nov nie...eh..segan lah tokei nk dtg belajar jugak nie..slm perkenalan
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete